17 November, 2009

AIR SEMBAHYANG

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamudengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlahkamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan
hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamudengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari
terikmatahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyarmacam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamudengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku
melintasititian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titiandengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi
kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita ditangan Allah.Ramai di antara kita yang tidak
sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islammempunyai hikmah nya yang
tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambilwuduk sedemikian rupa?Pernah kita terfikir segala hikmah yang kitaperolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kitasebagai umat Islam?Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Hantar e-mail ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas keranaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan