16 Disember, 2011

Little princess

Alhamdulillah.....aku bersyukur di atas kurniaan rezeki yang engkau berikan padaku ya Allah....dengan kehendakmu maka lahir lah seorang insan yang cukup comel dalam keluargaku....NUR SYIFA HUMIRA....my little princess....

03 Mei, 2010

Islamic Clock - Square Decorative, Allah - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Islamic Clock - Square Decorative, Allah - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Kasih Isteri

Segala pujian bagi ALlah telah memberikan anugerah iaitu seorang isteri. Yang memberikan perasaan tenteram dan nyaman di dalam hati.

Isteri - panggilan ini untuk dirimu wahai isteri. Bermulanya dari ikatan sah yang menghancurlumat keinginan syaitan iblis yang ingin membawa engkau dan dia ke kancah penzinaan yang dimurkai ALlah.

Isteri - dialah yang membantu dalam urusan rumahtangga. Yang mengemas rumah, membasuh pakaian. Bukankah dia tempat engkau meluahkan perasaan apabila runsing. Bila engkau dalam keadaan ammarah - dia mendiamkan diri menelan bulat apa yang ditegur. Dan apabila suasana kembali aman, dia tetap tersenyum dan berkata dengan baik denganmu.

Isteri - dia mengingatkan pabila engkau terlupa. Sesekali engkau bosan mendengar bebelannya, tetapi itu untuk kebaikanmu jua. Sebab tidak semua perkara engkau akan ingat segalanya.

Isteri - dia wasilah yang menyambung zuriatmu. Membawa dalam rahimnya seorang anak dengan penuh sabar dan tabah walaupun payah. Bertarung dengan nyawa untuk melahirkan penyejuk mata, lalu engkau menyambutnya sebagai seorang ayah.

Isteri - dia tetap juga meneruskan tugasnya sebagai seorang isteri setiap hari. Air tangannya yang ikhlas, menjamukan lauk pauk dan duduk bersama-sama untuk si suami.

Isteri - bukankah dia yang selalu risau tentang dirimu? Pasti ditanya khabar di mana engkau berada. Lalu apabila khabarnya dibalas dengan jawapan yang menyenangkan hati. Dia tersenyum lega.

Isteri - sabarlah menerima teman yang menjadi suamimu yang tidak lepas dari kekhilafan. Yang berusaha menjadi suami yang baik untukmu.

Terima kasih wahai yang bernama isteri.

08 Disember, 2009

Doa umi..

Ya ALLAH, ya tuhanku...
Hanya kepadamu aku meluahkan bertapa aku amat merindui anakku,
Permata hatiku...

Ya ALLAH, ya tuhanku...
Aku teringin memeluk anakku,
Bermain dengannnya,
Mendengar panggilannya..
Mendengar gelak dan tawanya
Melihat setiap langkahnya...

Ya ALLAH,
Hanya engkau yang tahu apa yang tersirat di hatiku..
Hatiku terlalu pedih menanggung kerinduan ini..
tiada siapa yang tahu apa yang ku pendamkan..
walaupun tak nampak secara zahir.....
tapi amatlah berat untuk ku memikulnya...

Ya ALLAH,
Aku merayu padamu..
Engkau makbulkan doa dan harapanku ini....
Cuma satu yang ku pinta
Engkau dekatkanlah aku dengan anakku
Kerana dia adalah sebahagian dari diriku...
Aku amat menyayanginya lebih dari diriku...
Kerana dia adalah amanah yang engkau berikan padaku...
Yang akan ku pegang hingga ke hujung hayatku...

Amin ya rabbal'alamin

03 Disember, 2009

anak umi syahid

Setiap saat bersamamu amat umi hargai...setiap gerak geri langkahmu, umi perhatikan. Umi simpan di benak hati umi...Agar menjadi kenangan di kala umi merinduimu sayang. Gelak tawamu masih sentiasa umi dengari.. Panggilan manjamu akan sentiasa umi ingat sampai bila-bila...Betapa gembiranya hati umi mendengar panggilanmu sayang..UMI..UMI..Ya ALLAH, aku bersyukur diatas kurniaanmu..Besarnya kekuasaanmu.. Alangkah bahagianya jikalau umi dapat memelukmu dikala ini sayang, umi amat merinduimu sayang...umi rindu anak umi...

23 November, 2009

Ikhlas buat insan yang bergelar sahabat.

" Kadang-kadang dalam hidup kita ini banyak perkara yang perlu kita jaga.....sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan..tiada insan yang sempurna,manusia yang sedar dengan kesilapannya..sedar tak sedar kesilapan sering menutup mata manusia yang lalai..manusia yang tidak peka dengan kesilapannya..tapi sebagai manusia kita harus sentiasa menerima lumrah alam..jangan terlalu mengikut hati sehinggakan hati kita sering menyalahkan orang di sekeliling....sedarlah kehidupan adalah sementara maaf-memaafilah antara kita kerana kita tidak pasti bila ajal akan menjemput kita...sesaat pun ajal tidak akan berganjak di kala ia ingin menjemput manusia...Selamat Hari Raya Aidil Adha .....Maaf zahir dan batin..Kecapilah hidup kita dengan penuh keredhaan dariNya... "