23 November, 2009

Ikhlas buat insan yang bergelar sahabat.

" Kadang-kadang dalam hidup kita ini banyak perkara yang perlu kita jaga.....sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan..tiada insan yang sempurna,manusia yang sedar dengan kesilapannya..sedar tak sedar kesilapan sering menutup mata manusia yang lalai..manusia yang tidak peka dengan kesilapannya..tapi sebagai manusia kita harus sentiasa menerima lumrah alam..jangan terlalu mengikut hati sehinggakan hati kita sering menyalahkan orang di sekeliling....sedarlah kehidupan adalah sementara maaf-memaafilah antara kita kerana kita tidak pasti bila ajal akan menjemput kita...sesaat pun ajal tidak akan berganjak di kala ia ingin menjemput manusia...Selamat Hari Raya Aidil Adha .....Maaf zahir dan batin..Kecapilah hidup kita dengan penuh keredhaan dariNya... "

18 November, 2009

PETUA TURUN TEMURUN.

Bayi kuning
Ambil daun bunga raya dan daun sireh, rebus dengan air kelapa.Kemudian mandikan pada bayi.
Senang @ mudah bersalin
Telan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum bersalin.




InsyaAllah, jika di amalkan boleh memudahkan kita melaluinya...Tapi, jangan lupa berdoa kepada Allah SWT kerana semuanya adalah ketentuan olehNya.

ANGKA 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar &
Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

17 November, 2009

AIR SEMBAHYANG

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamudengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlahkamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan
hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamudengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari
terikmatahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyarmacam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamudengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku
melintasititian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titiandengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi
kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita ditangan Allah.Ramai di antara kita yang tidak
sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islammempunyai hikmah nya yang
tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambilwuduk sedemikian rupa?Pernah kita terfikir segala hikmah yang kitaperolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kitasebagai umat Islam?Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Hantar e-mail ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas keranaAllah.

13 November, 2009

Special for my baby


Assalamualaikum anak umi,

Setiap hari umi doakan anak umi membesar dengan sihat,

Setiap detik nadi anak umi di iringi dengan doa dan restu umi dan abi,

Umi, rindukan senyuman anak umi,

Umi rindukan gelak tawa anak umi...

Umi teringin sangat nak peluk anak umi.

Duhai angin sampaikanlah ciuman kasih dan sayangku pada anakku sebagia tanda bertapa aku amat menyayangi dan merinduinya di kala ini..

Hanya tuhan yang tahu bertapa aku amat merindui permata hatiku.

Setiap senyuman ku dikala ini adalah tangisan di hatiku...

Aku simpankan semua airmata kerinduanku dengan senyuman.

Walaupun pedih namun aku harus menghadapinya dengan redha dan ikhlas.

Inilah dugaan yang yang besar bagi umi dikala ini..

Umi redha dengan ketentuan dari Allah swt.

Mungkin ini dugaan bagi umi,

Kerana umi pasti mungkin ada hikmah disebaliknya..

Sayangku Syahid,

Terimalah salam kasih dan sayang umi untukmu sayang....

09 November, 2009

he..he...



Ikatan kasih dan sayang

Muhammad Syahid Hanzalah

Istimewa untuk permata hati umi
Syahid anak umi,
Syahid kasih umi,
Syahid penyejuk hati umi,
Syahid kekuatan umi,
Umi sayang syahid,
umi rindu syahid,
Umi sentiasa doakan anak umi sihat selalu,
Jadi anak yang soleh,
Taat pada perintah ALLAH swt,
Taat pada umi dan abi,
Umi sentiasa doakan anak umi berjaya di dunia dan akhirat,
Setiap langkah dirimu akan disulami dengan doa umi dan abi,
Syahid adalah amanah yang ALLAH swt berikan pada umi dan abi,
Umi dan abi akan jaga amanah ini dengan setulus hati umi dan abi...
Ya ALLAH ya tuhanku,
Jadikanlah anak-anakku penyejuk hati kami,
Engkau jadikanlah mereka IMAM bagi orang-orang yang beriman....
Amin...Ya rabbal'alamin..

Abang

Istimewa buat suamiku yang disayangi,
Umi sayang abang,
Umi rindu abang,
abang adalah syurga umi..
setiap kasih yang kita sulami selama ini sentiasa terpahat di hati umi,
setiap saat manis kita bersama sentiasa di ingatan umi,
Abanglah semangat umi,
Abanglah kekuatan umi,
Umi berjanji akan sentiasa patuh pada perintah ALLAH SWT,
umi akan sentiasa menjaga nilai diri umi sebagai seorang isteri,
kasih dan sayang umi hanya untuk abang,
maruah dan nilai diri abang sentiasa dalam hati umi,
umi akan menjaganya dengan setulus hati umi,
Ikatan yang kita bina akan sentiasa utuh dalam sanubari umi.
umi ikhlas menjadi isteri abang,
kebahagiaan abang adalah kebahagiaan umi.
Ya ALLAH,
bantulah aku untuk menjadi isteri yang terbaik bagi suamiku,
bantulah aku dalam menunaikan tanggungjawapku terhadap suamiku dan keluargaku,
pimpinlah aku setiasa ke jalan yang engkau redhai...
Amin...Ya rabbal'alamin

Hanya tuhan yang tahu

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...Mungkin apa yang berlaku telah tersurat.Setiap kegembiraan pasti ada terselit secalit kesedihannya.Terpulang pada kita untuk menilainya.Sebagai hamba terimalah dengan hati yang terbuka dan redha di atas ketentuannya...Setiap senyuman pasti disambung dengan airmata...Umi redha kita hidup berjauhan.....Umi ikhlas di atas dugaan ini...Semoga kita akan mendapat kebahagian hidup bersama di dunia dan akhirat..Umi sayang abang dan anak kita..Umi terlalu rindukan abang dan permata hati umi...Hanya Allah SWT yang mengerti apa yang umi rasa..Hati umi menangis rindukan rumahtangga umi...Ya ALLAH,makbulkan hajat hambamu ini...Dekatkan diriku dengan suami dan anakku...kerana bagiku mereka adalah semangatku..Kebahagiaan mereka adalah kebahagianku dunia dan akhirat...

03 November, 2009